Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - ABU ABDILLAH AHMAD BIN HANBAL BIN HILAL BIN ASAD ASY-SYIBAANIY - IMAM AHMAD (164H - 241H) - PART 3"

http://massandry.blogspot.com
Ketika mana Khalifah Al-Ma’mun menghantar suratnya kepada pegawainya yang bertugas di Baghdad,beliau telah meminta di dalam surat tersebut agar dikumpulkan segala ulama’ dan qadhi serta imam-imam agar ditanyakan kepada mereka tentang Al-Quran itu makhluq atau bukan makhluq,jika sesiapa diantara mereka mengatakan bahawa Al-Quran itu bukan makhluq maka dia akan dilucutkan daripada jawatan tersebut,dan barangsiapa yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluq maka dia akan dikekalkan dengan jawatan yang disandangnya,dan sesungguhnya para fuqaha’ semuanya telah sebulat suara (melainkan para ulama’ Al-Mu’tazilah) mengatakan bahawa Al-Quran itu bukanlah makhluq,namun disebabkan kelemahan diri seorang manusia,dan perasaan takut untuk dilucutkan dari jawatan itu timbul,telah menyebabkan sebahagian daripada mereka mengiyakan kata-kata pemerintah ketika itu,tetapi terdapat juga sebahagian daripada mereka yang telah menentang keras perkara tersebut diantaranya ialah Imam Ahmad Bin Hanbal,beliau telah digari dengan rantai besi yang berat dan telah dipenjarakan disebabkan perbuatan beliau itu…

Dan ketikamana Khalifah Al-Ma’mun mendengar bahawa Imam Ahmad tetap juga berkeras dengan pendirianya walaupun telah diseksa dengan begitu teruk sekali,beliau telah diarahkan agar dihantar ke pihak khalifah di Khurasan dalam keadaan digari dan dirantai dengan rantai besi,tetapi Khalifah Al-Ma’mun telah mangkat sebelum sempat Imam Ahmad dihantar kepadanya.

Setelah kemangkatan Khalifah Al-Ma’mun,Khalifah Al-Mu’tasim pula menggantikanya dengan menaiki takhta pemerintahan,dan khalifah tersebut juga bersamaan dengan khalifah sebelumnya dengan mengatakan bahawa Al-Quran itu ialah makhluq,maka tinggallah Imam Ahmad meringkuk di dalam penjara dengan penuh penderitaan,walaupun didalam keadaan yang digari dan dibelenggu dengan rantai besi beliau tetap juga memperbanyakkan ibadah beliau kepada Allah dengan penuh tekun sekali,dan bersolat bersama-sama ahli penjara yang lain.

Dan Khalifah Al-Mu’tasim telah meminta para ulama’nya untuk berdebat dengan Imam Ahmad berkenaan dengan mengatakan Al-Quran itu makhluq,tetapi Imam Ahmad telah berjaya menutup mulut para ulama’ duniawi tersebut dengan satu soalan sahaja dengan mengatakan : “Bawakanlah kepadaku satu dalil daripada kitabullah dan sunnah nabiNya yang mengatakan Al-Quran itu makhluq!!”

Beliau tetap teguh kemas dengan pendirianya itu walaupun pihak khalifah telah mencuba memujuknya dengan berbagai-bagai cara samada secara lembut ataupun kasar,beliau telah ditawarkan dengan berbagai pangkat dan hadiah-hadiah,begitu juga beliau telah dikenakan dengan seksa yang berat,tetapi pendirian beliau tidak sedikit pun berganjak walau seinci.

Dan apabila Khalifah Al-Mu’tasim tidak berdaya lagi untuk memujuk beliau,maka baginda pun mengarahkan agar disiapkan suatu alat penyeksaan untuk menyeksa beliau,mereka juga telah memukul beliau sehingga terkehel bahunya dan terpercik darah di belakang badanya,tetapi beliau tetap juga tidak berganjak dari perkataanya walau sedikit pun.

Sesungguhnya Al-Maruzi (5) iaitu salah seorang dari ulama’ duniawi yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluq telah berkata kepada beliau : “Bukankah Allah Taala telah berkata : (( Dan janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri [An-Nisa’ : 29] ))??”  lalu Imam Ahmad pun berkata kepadanya : “Bunuhlah diriku ini dan aku tidak mahu sesat seperti kesemua mereka itu”

Dan apabila Khalifah Al-Mu’tasim berasa khuatir yang Imam Ahmad akan mati disebabkan begitu banyaknya penyeksaan yang telah dikenakan ke atas beliau dan juga akan menyebabkan rakyat bangkit membela beliau,baginda pun mengarahkan agar beliau dilepaskan dan dihantar ke keluarga beliau semula,beliau telah meringkuk di dalam penjara selama 28 bulan.

Selepas kejadian tersebut,Imam Ahmad pun menghilangkan dirinya daripada pandangan masyarakat dalam beberapa ketika sehinggalah tampuk pemerintahan bertukar daripada Al-Mu’tasim dan Al-Muwatsiq kepada Khalifah Al-Mutawakkil yang telah menghentikan terus segala fitnah tersebut barulah beliau memunculkan diri beliau semula,baginda pun membersihkan kembali nama beliau dan telah mengangkat kembali ketinggian ilmunya sehingga melonjak naik melebihi para ulama’ lain yang sezaman denganya.

Karangan-karangan Imam Ahmad…
Di antaranya ialah kitab “Al-Musnad” di dalam bidang Al–Hadith,iaitu suatu kitab hadith hasil periwayatan anaknya Ali daripada beliau,di dalam kitab agung ini terkandung di dalamnya 40 000 buah hadith,dan karangan beliau di dalam bidang usul fiqh pula ialah “Thoa’tur Rasul” dan begitulah juga kitab “An-Naasikh Wal Mansuukh” dan juga kitab “Al-‘Ilal” manakala hasil karangan beliau di dalam ilmu aqidah pula adalah seperti “Kitabus Sunnah Muusilul Mu’taqidi Ilal Jannah” dan juga kitab : “Ar-Raddu ‘Alaz Zanadiqah” dan kitab beliau di dalam bidang Feqh pula adalah seperti “Kitabus Solat Wama Yalzimu Fiiha” dan juga kitab “Kitabul Asyribah” dan juga “Kitabuz Zuhud” dan “Kitabul Wara’ Wal ‘Ilmi” kesemua kitab-kitab hasil karangan beliau yang telah dinyatakan ini sebahagianya ada yang telah dicetak manakala sebahagian lagi masih lagi berbentuk manuskrip tidak dicetak lagi.

Sesungguhnya Imam Ahmad tidak mengumpulkan sendiri pendapat-pendapatnya di dalam bidang Feqh tetapi anak-anak murid selepasnya yang telah mengumpulkan pendapat-pendapat beliau tersebut,dan pengumpulan mereka yang terpenting sekali di dalam bidang Feqh adalah “Masaielu ‘An Ali Bin Ahmad Bin Hanbal” iaitu suatu bentuk pengumpulan pendapat tentang segala jawapan-jawapan Imam Ahmad terhadap segala permasalahan yang telah ditanyakan kepada beliau,yang mana ianya meliputi setiap bab di dalam Ilmu Feqh.


Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds