Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - MALIK BIN ANAS BIN MALIK BIN `AMR, AL-IMAM, ABU `ABD ALLAH AL-HUMYARI AL-ASBAHI AL-MADANI - IMAM MALIKI (97H - 179H) - PART 3"

http://massandry.blogspot.com
Kitab-kitab beliau :
Di antara kitab agung beliau yang sampai kepada kami ialah Kitab Al-Muwattho’,kitab agung yang mulia ini telah dikarang oleh beliau yang mana termuat di dalamnya hadith-hadith beserta feqh,dan termuat juga di dalamnya kata-kata para sahabat dan Tabi’en beserta pendapat-pendapat beliau di dalam bidang feqh yang telah di ijtihadkan oleh beliau,kitab ini telah disusun mengikut tertib kitab-kitab feqh iaitu dimulai dengan bab bersuci kemudianya bab solat,bab zakat,bab puasa dan bab haji dan begitulah seterusnya,dan lebih daripada itu lagi,beliau telah mensyarahkan hadith-hadith tersebut bersama mengeluarkan hukum-hakam feqh berdasarkan hadith tersebut,berdasarkan perbuatan ini,kitab ini telah dianggap sebagai kitab feqh,manakala jika dilihat kitab ini yang dipenuhi oleh banyak hadith-hadith nabi yang telah dikumpulkan dan disatukan oleh beliau ini pula telah dilihat sebagai kitab hadith.

Kitab mulia ini telah dikarang dan disaring oleh Imam Malik selama 40 tahun lamanya,dikatakan bahawa pada mulanya kitab ini mengandungi 10,000 buah hadith,kemudian selepas disaring dan dibuang hadith-hadith yang lemah menjadi sebanyak 1720 buah hadith sahaja.

Anak-anak murid beliau :
Sesungguhnya Imam Malik tidak pernah keluar daripada Kota Madinah,cuma anak-anak muridnya sahaja yang mengembara dari berbagai negara ke Kota Madinah untuk berguru dengan beliau,selepas mereka berguru dengan beliau mereka pun balik ke negara masing-masing dan menyebarkan mazhab beliau ini,sebahagian anak-anak murid beliau ada yang datang dari Mesir dan sebahagianya ada yang datang dari negara lain,dan anak-anak murid beliau yang datang dari Mesir merupakan tulang belakang mazhab Maliki,di antaranya ialah :

(1) Abdullah Bin Wahab Bin Muslim,dilahirkan pada tahun 125 hijrah dan mengembara ke Madinah dan berguru dengan Imam Malik pada tahun 148 hijrah,dan beliau telah berguru dengan Imam Malik dan melaziminya selama 20 tahun,dan beliau tidak pernah meninggalkan gurunya itu sehinggalah Imam Malik pergi menemui Allah,dan beliau ada meriwayatkan Al-Muwattho’ daripada Imam Malik,dan juga beliau ada mengarang kitab di dalam mazhab,beliau juga telah berguru ilmu feqh dengan Al-Laits Bin Saad dan Sufyaan Bin Uyaynah,disebabkan kecerdikkan dan kepintaran beliau di dalam bidang feqh,Imam Malik telah menggelarkan beliau sebagai Faqih Mesir,dan juga digelarkan sebagai Mufti,Berkatanya Ibnu Al-Qasim tentang beliau : “Jikalau matinya Ibnu Uyaynah,maka aku akan pukulkan hati unta kepada Ibnu Wahab”(10) beliau telah meninggal di Mesir pada tahun 197 hijrah.

(2) Abdur Rahman Bin Al-Qasim,dilahirkan di Syam pada tahun 128 hijrah dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 191 hijrah,beliau telah berguru dan melazimi Imam Malik selepas Ibnu Wahab selama 10 tahun lamanya,apa yang istimewanya,beliau tidak mencampurkan ilmu yang beliau dapati daripada Imam Malik dengan para fuqaha’ yang lain,maka jadilah beliau di dalam mazhab maliki seperti Muhammad Bin Al-Hasan di dalam mazhab Hanafi yang tidak mencampurkan ilmu imamnya dengan imam yang lain,beliau telah mengarang kitab Al-Mudawwanah yang mana kitab tersebut mengumpulkan kesemua pendapat-pendapat di dalam mazhab maliki,dan Al-Faaqih Maliki Sahnun telah meriwayatkan kitab tersebut daripada beliau.

(3) Asyhab Bin Abdul Aziz Al-Qaisiy,dilahirkan pada tahun 145 hijrah dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 204 hijrah,beliau telah berguru dengan Imam Malik dan Al-Laits Bin Saad,beliau merupakan salah seorang perawi di dalam mazhab dan merupakan di antara penyebar mazhab maliki,dan juga di antara imam yang mempertahankan mazhabnya,beliau juga merupakan ketua di dalam mazhab maliki di Mesir selepas Ibnu Al-Qasim.

(4) Abdullah Bin Al-Hakam,dilahirkan di Iskandariah pada tahun 155 hijrah,dan meninggal dunia pada tahun 214 hijrah,beliau telah mendengarkan Al-Muwattho’ daripada Imam Malik dan telah meriwayatkanya,dan para ashab mazhab maliki seperti Ibnu Wahab,Ibnu Al-Qasim dan Asyhab telah meriwayatkan dari apa yang mereka telah dengari dari beliau,beliau merupakan kawan rapat dengan Imam As-Syafie’ rahimahullahu taala,dan beliau merupakan ketua di dalam mazhab maliki selepas Asyhab Al-Qaisiy.

Manakala anak-anak murid Imam Malik yang datang dari negara selain Mesir iaitu seperti di Utara Afrika dan dari negara Andalus ialah :

(1) Asad Bin Al-Furat,menetap di Tunisia,beliau telah mengembara ke Madinah dan berguru dengan Imam Malik dan telah mendengarkan Al-Muwattho’ dan telah meriwayatkanya,kemudianya beliau telah mengembara ke Iraq dan telah berguru dengan Abu Yusuf dan Muhammad Bin Al-Hasan,dan beliau telah mempelajari dan mendalami feqh hanafi dari kedua orang syeikh ini,beliau telah menggabungkan pendapat feqh dari kedua-dua madrasah ini,beliau telah menjadi ketua mazhab maliki di Qairawan,beliau wafat pada tahun 213 hijrah yang mana ketika itu beliau menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera di dalam peperangan.

(2) Sahnun iaitu Abdus Salam Bin Habib At-Tanuukhi,dilahirkan pada tahun 160 hijrah dan wafat pada tahun 240 hijrah,beliau telah belajar di Qairawan dan telah belajar Al-Mudawwanah Al-Asadiah dengan Asad Bin Al-Furat,kemudian beliau telah mengembara ke Mesir dan telah bertemu dengan Ibnu Al-Qasim dan telah mengajarkan beliau Al-Asadiah,dan Ibnu Al-Qasim telah membetulkan beliau pada beberapa masalah,kemudian beliau pulang ke Qairawan dan menjadi pemerintah di sana sehinggalah beliau wafat.

(3) Yahya Bin Yahya Bin Katsir Al-Laitsi,beliau telah berangkat dari Cordova di Andalus mengembara ke Madinah dan telah berguru dengan Imam Malik di sana,kemudian beliau mengembara ke Mesir dan telah berguru pula dengan Al-Laits Bin Saad,beliau juga telah bertemu dengan para ashab mazhab maliki di sana dan telah berguru dengan mereka,kemudian beliau pulang ke Andalus dan telah menyebarkan mazhab maliki di sana,dan beliau telah menjadi ketua mazhab maliki di sana sehinggalah beliau wafat pada tahun 234 hijrah.

Tanpa syak lagi,sesungguhnya kesemua anak murid Imam Malik ini telah menabur jasa yang besar dalam menyebarkan mazhab maliki,beliau hanyalah duduk di Madinah sahaja,tetapi mazhab beliau telah tersebar sehingga ke Mesir,Utara Afrika,Sudan dan Andalus dari jalan periwayatan anak-anak murid beliau ini.

Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds