Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - ABU ABDILLAH AHMAD BIN HANBAL BIN HILAL BIN ASAD ASY-SYIBAANIY - IMAM AHMAD (164H - 241H) - PART 1"

http://massandry.blogspot.com
Beliau ialah Abu Abdillah Ahmad Bin Hanbal Bin Hilal Bin Asad Asy-Syibaaniy,beliau telah dilahirkan di Baghdad pada tahun 164 hijrah bahkan menetap di situ,bapa beliau telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi,lalu beliau pun dijaga oleh ibunya sahaja dan telah menasihati beliau agar mempelajari ilmu agama,maka beliau pun menghafaz Al-Quran dan telah memperdalami ilmu Bahasa Arab,dan ketika beliau berumur 15 tahun beliau pun mulai mempelajari Ilmu Hadith,dan beliau telah mengembara ke berbagai-bagai bandar dan negara untuk mempelajari ilmu seperti Kufah,Basrah,Mekah,Madinah,Syam dan Yaman,hasil daripada pengembaraan ilmiah ini telah membuatkan beliau mengetahui betapa banyak hadith-hadith nabi yang mulia,lalu beliau pun mengumpulkan hadith-hadith tersebut dan menghafaznya sehingga jadilah beliau imam yang hebat di zamanya.

Beliau telah berjumpa dengan Imam Syafiey dan telah berguru denganya,dan beliau merupakan diantara anak murid Imam Syafiey yang paling utama di Baghdad,kemudian beliau pun menjadi seorang mujtahid yang mustaqil (1), para ulama’ telah menyifatkan beliau dengan gelaran Al-Haafiz dan Al-Hujjah,bahkan Imam Syafiey juga telah mengiktiraf keilmuan Imam Ahmad dan juga telah menyatakan kepercayaanya terhadap ketinggian ilmu Imam Ahmad,dan ketikamana Imam Syafiey meninggalkan Kota Baghdad dan ingin berhijrah ke Mesir untuk menetap di sana,beliau telah mengatakan : “ Telah aku tinggalkan Kota Baghdad ini,dan tidaklah aku meninggalkanya dengan seorang insan pun yang sangat bertaqwa dan sangat faaqih dari Imam Ahmad Bin Hanbal”

Maka ini merupakan suatu persaksian yang benar dari seorang imam yang sangat besar di dalam Ilmu Feqh kepada anak muridnya yang cerdik yang telah berguru denganya selama 2 tahun bermula dari tahun 195 hijrah sehinggalah ke tahun 197 hijrah,maka tidak peliklah Imam Ahmad merupakan seorang imam yang besar di dalam Ilmu Hadith dan juga imam di dalam Ilmu Feqh, dan begitu juga merupakan imam yang sangat wara’ dan zuhud,beliau telah pergi menemui Allah Taala pada tahun 241 hijrah.

Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds