Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - ABU HANIFAH AN-NU’MAN BIN TSABIT BIN ZUUTHA AT-TAIMIY AL-KUFIY - IMAM HANAFI (80H - 150H) - PART 5"

http://massandry.blogspot.com
Beliau merupakan imam yang melakukan usaha pengumpulan untuk mazhab hanafi,iaitu dengan mengarang banyak kitab-kitab untuk mazhab hanafi,yang paling utamanya ialah enam buah kitab yang mana para ulamak mazhab hanafi mengatakan kitab-kitab ini merupakan Zahirul Riwayat (9) kerana ianya telah diriwayatkan oleh para perawi yang terpercaya iaitu :

(1) Kitabul Asl yang juga dikenali dengan Al-Mabsuth,
(2) Kitab Al-Jaamik As-Saghir,
(3) Kitab Al-Jaamik Al-Kabir,
(4)Az-Ziyaadaat,
(5) As-Siyarus Saghir,
(6) As-Siyarul Kabir .

Dan kitab dua yang terakhir ini menerangkan tentang hubungan Negara Islam dengan negara-negara lain ketika didalam dua keadaan iaitu ketika aman dan ketika perang.

Kitab-kitab penting di dalam mazhab hanafi :

Selain kitab-kitab yang berjumlah enam buah ini,terdapatnya kitab-kitab lain yang telah diriwayatkan oleh murid-murid beliau daripada beliau,iaitu dengan jalan periwayatan riwayat ahad antaranya :

(1) Ar-Ruqqiyaat,iaitu kitab yang meliputi tentang masalah-masalah yang dicabangkan oleh Muhammad ketikamana beliau menjadi Ketua Pengurusan Hamba,
(2) Al-Kisaaniyaat,iaitu kitab yang meliputi tentang masalah-masalah yang telah diriwayatkan oleh murid beliau daripada beliau iaitu Syuaib Bin Sulaiman Al-Kisaniy
(3) Al-Jurjaaniyaat
(4) Al-Haruniyaat,iaitu dinisbahkan kepada nama anak murid beliau,dan dianggap riwayat Muhammad Bin Al-Hasan didalam kitab Al-Muwattho’ Imam Malik merupakan diantara riwayat yang terbaik didalam kitab agung tersebut.

Manakala kitab-kitab Mukhtasar (10) terhadap enam buah kitab tersebut antaranya :
(1) Mukhtasar At-Tohawiy
(2) Al-Kaafiy oleh Haakim As-Syahid
(3) Tuhfatul Fuqaha’ oleh As-Samarqandi
(4) Mukhtasar Al-Qaduri yang mana kitab ini dipanggil sebagai “Al-Kitab” didalam mazhab hanafi
(5) Bidayatul Mubtadiy oleh Burhanuddin Mirghinaani
(6) Al-Mukhtar oleh Abdullah Bin Mahmud Bin Maudud Al-Mosuli
(7) Kanzul Daqaieq oleh An-Nasafi
( 8 ) Wiqayatul Ar-Riwayat Li Sadri As-Syariah

Dan kitab-kitab syarah yang penting pula :
(1) Al-Mabsuth oleh Imam As-Sarakhsi yang mensyarahkan Mukhtasar At-Tohawiy
(2) Badaie’u As-Sonaie’ oleh A’laauddin Al-Kaasaaniy yang mensyarahkan Tuhfatul Fuqaha’ As-Samarqandi
(3) Al-Hidayah oleh Burhanuddin Mirghinaani yang mensyarahkan Bidayatul Mubtadiy dan syarah kepada Al-Hidayah pula Al-Inayah
(4) Al-Ikhtiyar Li Ta’liil Al-Mukhtar oleh Al-Mosuli yang mensyarahkan kitabnya Al-Mukhtar.

(3) Zufar Bin Al-Huzail :
Beliau ialah Zufar Bin Al-Huzail Bin Qis Al-Kufiy,dilahirkan pada tahun 110 hijrah dan wafat pada tahun 158 hijrah,bapa beliau dahulu merupakan penguasa di Basrah,beliau mempelajari Ilmu Hadith pertamanya dan beliau merupakan diantara perawi hadith,kemudian mempelajari Ilmu Feqh dengan Imam Abu Hanifah,dan beliau banyak menggunakan Ar-Ra’yi seperti imam beliau ini,dan beliau merupakan diantara murid yang amat mahir didalam mengunakan Al-Qiyas,dan juga diantara murid yang banyak menggunakan Ar-Ra’yi didalam pendapat beliau,dan merupakan seorang imam yang ahli ibadah,zuhud dan lebih banyak mengembangkan ilmu disepanjang hayat beliau,sehinggalah beliau meninggal dunia di Basrah,dan tiadalah apa yang beliau tinggalkan dirumah beliau melainkan hanya wang 3 dirham sahaja,kerana beliau pernah berkata :

“Tidaklah aku akan tinggalkan apa-apa selepas kematianku nanti sesuatu yang lebih aku takuti daripada Al-Hisab”

(4) Al-Hasan Bin Ziyad Al-Lu’luiey :
Beliau ialah Al-Hasan Bin Ziyad Al-Lu’lu’iey Al-Kufiy yang wafat pada tahun 204 hijrah,berguru dengan Imam Abu Hanifah pertamanya,kemudian dengan dua orang sahabat (didalam mazhab hanafi) iaitu Abu Yusuf dan Muhammad Bin Al-Hasan As-Syibaaniy,dan pencapaian beliau didalam feqh tidaklah sampai ke peringkat pencapaian dua orang sahabat tadi,dan beliau telah mengarang beberapa buah kitab didalam mazhab hanafi,tetapi kitab-kitab beliau itu tidak sampai ke martabat kitab-kitab yang dikarang oleh Muhammad Bin Al-Hasan.

Ashabul Hanafi yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah :
Keempat-empat orang alim ini merupakan ashab didalam mazhab hanafi yang paling masyhur,iaitu mereka ini telah berguru dengan Imam Abu Hanifah,dan mereka telah menyebarkan mazhab beliau ini disegenap ceruk,dan bukanlah mereka ini dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah seperti pengikut yang mengikuti ketua,tetapi dinisbahkan seperti anak murid dengan gurunya,kerana kami melihat mereka ini telah berijtihad didalam mazhab hanafi,dan mereka tidaklah hanya menggunakan pendapat-pendapat guru mereka sahaja,tetapi mereka juga telah bercanggah dengan sebahagian pendapat-pendapat guru mereka jika mereka menemui dalil terhadap sesuatu perkara tersebut lebih kuat daripada dalil yang digunakan oleh guru mereka,maka mereka ini merupakan para mujtahid yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah,kerana mereka telah berijtihad sambil mengiringi ijtihad mereka itu dengan usul-usul serta kaedah-kaedah yang telah dibina di dalam mazhab ini,dan mereka telah mengikuti jalan serta pendekatan yang digunakan Imam Abu Hanifah didalam berijtihad dan berfatwa.

Melihatkan percanggahan yang berlaku antara ashabul hanafi ini dengan guru mereka maka telah tercetusnya beberapa istilah didalam mazhab hanafi,iaitu dengan meletakkan pendapat imam-imam mazhab ini beriringan dengan pendapat Imam Abu Hanifah dan menisbahkan setiap pendapat itu kepada orang yang mengemukakan pendapat tersebut,ianya terjadi apabila berlakunya percanggahan pendapat sesama mereka dan masing-masing pula bertetapan dengan pendapat masing-masing,jika Imam Abu Hanifah sependapat dengan Abu Yusuf terhadap sesuatu perkara maka mereka akan menggunakan istilah :

هذا رأى الشيخين

Bermaksud : Ini adalah pendapat dua orang syeikh (iaitu Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf)

Penjenamaan ini adalah kerana kedua-dua orang ini adalah guru bahkan syeikh kepada Muhammad Bin Al-Hasan,dan jika Imam Abu Hanifah sependapat dengan Muhammad Bin Al-Hasan pula terhadap sesuatu perkara,mereka akan menggunakan istilah :

هذا رأى الطرفين

Bermaksud : Ini adalah pendapat dari kedua belah pihak (iaitu Imam Abu Hanifah dengan Muhammad Bin Al-Hasan)

Penjenamaan ini adalah kerana Abu Yusuf sebaya dengan kedua-dua imam ini dari segi umur (Imam Abu Hanifah dan Muhammad Bin Al-Hasan) manakala Zufar Bin Huzail pula pendapat beliau dinisbahkan kepada beliau sendiri.

Disebabkan hubungan yang rapat antara Abu Yusuf dengan para khalifah Abbasiyyiin,bahkan para pemerintah menyukai beliau dan juga disebabkan jawatan Ketua qadhi yang dipegangnya itu telah memberikan suatu peluang yang cukup besar kepada beliau untuk menyebarkan mazhab hanafi ke seluruh pelusuk Negara Islam,dan sesungguhnya para penguasa Utsmaniyiin telah menyebarkan mazhab hanafi ini di kebanyakkan negara-negara islam sehinggalah ke hari ini,ianya tersebar di negara-negara yang mendapat pengaruh penguasaan pemerintahan Utsmaniy,seperti Negara Turki,Mesir,Syria dan Lubnan dan beberapa negara Eropah serta Benua Asia yang mana telah terkesan dengan pemerintahan islam Turki seperti Albania dan Balkan,dan mazhab ini telah diikuti secara meluas di Afghanistan,Pakistan,India dan China.
Istilah-istilah penting di dalam mazhab hanafi pula :

(1) Al-Imam : Imam Abu Hanifah
(2) As-Sohibaani : Abu Yusuf dan Muhammad Bin Al-Hasan As-Syibaaniy
(3) Ats-Tsalatsah (الثلاثة) : Al-Imam dan As-Sohibaani
(4) Kitab Zahirul Riwayat : Kitab-kitab Muhammad Bin Al-Hasan As-Syibaaniy yang berjumlah enam buah
(5) Al-Kitab : Mukhtasar Al-Qaduri
(6) Al- Mutun Ats-Tsalatsah : Al-Wiqayah,Kanzu Ad-Daqaieq dan Mukhtasar Al-Qaduri.


Rujukan dan Penerangan
(1) Al-Madkhal Ila Al-Feqh Al-Islami oleh Dr.Mahmud Muhammad At-Tonthowi
(2) Ar-Ra’yu : Apa yang dicondongkan oleh hati selepas berfikir dan mendalami sedalam-dalamnya terhadap sesuatu masalah dan berusaha mencari kebenaran terhadap sesuatu yang bercanggah tanpa mengambil sesuatu kebenaran itu berdasarkan hawa nafsu,dan Ar-Ra’yu pula digunakan dengan :
(2.1) Ijtihad pada nas-nas yang bersifat zhonni,iaitu nas-nas yang mempunyai banyak takwil dan mempunyai berbagai makna.
(2.2) Menggunakan dalil-dalil aqal yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah secara zahir atau tersembunyi seperti Qiyas,Masalihul Mursalah,Sadduz Zaraie’,Istihsan dan lain-lain.
Manakala Madrasah Ar-Ra’yi di Iraq pula ialah sebuah institusi yang banyak menggunakan Ar-Ra’yu di dalam pendekatan feqh mereka memandangkan keadaan Iraq ketika itu yang menjadi sarang memalsukan hadith yang mana ianya telah dipelopori oleh Umar Bin Al-Khattab dan telah dipindahkan ke Iraq oleh Abdullah Bin Mas’ud,dan Imam Abu Hanifah telah mengambil dari jalan Mas’ud ini dari guru-guru beliau yang berguru dengan Mas’ud dan Imam Abu Hanifah dianggap sebagai Imam Madrasah Ar-Ra’yi di Iraq ini,tetapi tidaklah mereka mengunakan ar-Ra’yu itu apabila menjumpai penyelesaian terhadap sesuatu masalah itu dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Pendekatan golongan ini amat berbeza dengan pendekatan golongan Madrasah Ahlul Hadith di Hijaz yang mana mereka lebih banyak menggunakan hadith-hadith dan atsar-atsar didalam pendekatan feqh mereka.

(3) Yang dimaksudkan dengan perawi yang adil ialah : hendaklah dia seorang yang beragama islam,baligh (cukup umur) beraqal,terlepas dari tuduhan Fasiq dan juga terlepas dari perkara yang mencemarkan maruah.

Manakala perawi yang Tsabit ataupun Dhobit pula ialah : riwayatnya tidak bercanggah dengan riwayat dari perawi yang tsiqah (terpercaya),tidak cepat terlupa hafalanya,tidak bodoh atau dungu,tidak melakukan kesalahan yang berat didalam riwayatnya juga tidak terlalu banyak melakukan kesilapan di dalam periwayatanya. (Taisiru Mustholahul Hadith oleh Dr.Mahmud At-Thohhan)

(4) Yang dimaksudkan dengan Ijmak Soreh ialah : suatu persetujuan pendapat dari kalangan para mujtahid samada melalui kata-kata mereka atau perbuatan-perbuatan mereka terhadap sesuatu hukum pada sesuatu masalah,seperti berhimpunya para ulamak didalam suatu majlis,dan setiap seorang dari mereka melontarkan pendapat masing-masing secara jelas dan terang terhadap sesuatu masalah,lalu bersepakatnya pendapat-pendapat mereka itu dengan suatu hukum yang sama,ataupun setiap ulamak tersebut mengeluarkan fatwa mereka terhadap sesuatu masalah berdasarkan ijtihad masing-masing,lalu berlakunya persepakatan fatwa-fatwa tersebut dengan hukum yang sama,yang mana ianya dapat dijadikan hujjah didalam hukum syarak tanpa khilaf dikalangan jumhur ulamak.

(5) Dan Ijmak Sukutiy pula ialah : seperti berkatanya beberapa mujtahid didalam zaman masa yang sama dengan memberikan pendapat terhadap sesuatu masalah,tetapi beberapa mujtahid yang lain pula hanya mendiamkan diri mereka selepas mendalami pendapat-pendapat tersebut,tanpa sebarang pengingkaran,bercanggahnya para ulamak terhadap ijmak ini dari segi kebolehanya dijadikan hujjah di dalam hukum syarak :

Malikiah dan As-Syafieyyah : tidak dikira sebagai Ijmak dan tidak boleh dijadikan hujjah,

Al-Hanafiah dan Al-Hanabilah : dikira sebagai Ijmak dan merupakan hujjah syarak yang qoth’ie. (Al-Wajiz Fi Usulil Feqh oleh Dr.Wahbah Az-Zuhailiy)

(6) Al-Istihsan : menggunakan qiyas yang bersifat tersembunyi melebihi daripada qiyas yang bersifat zahir dan jelas,ataupun menggunakan hukum yang bersifat terkecuali melebihi daripada hukum yang bersifat Kulli iaitu hukum yang bersifat menyeluruh,contoh :

(6.1) Para fuqaha’ Hanafiah menyatakan bahawa jika berselisihnya antara penjual dan pembeli terhadap kadar harga pada sesuatu barang jualan sebelum ianya di beli oleh si pembeli, yang mana si penjual mendakwa bahawa harga barang tersebut ialah RM100 manakala si pembeli pula mengatakan RM 90,maka secara jalan Istihsan (qiyas tersembunyi) hendaklah kedua-dua mereka mengangkat sumpah.

Jikalau secara jalan Qiyas yang zahir pula,penjual itu tidaklah perlu mengangkat sumpah,kerana kaedah menyatakan : « pembuktian ke atas siapa yang mendakwa dan bersumpah kepada siapa yang menafikanya » dan si penjual mendakwa pertambahan sebanyak RM 10 dari RM 90,dan si pembeli pula menafikan harga tersebut,maka si penjual tidak perlu bersumpah,

Dari jalan Istihsan,jelasnya si penjual tersebut merupakan pendakwa berdasarkan peningkatan harga yang dibuat,dan menafikan hak si pembeli dari menerima barang tersebut selepas sudah dibayar RM 90,dan si pembeli itu pula merupakan orang yang menafikan peningkatan harga yang dibuat oleh si penjual sebanyak RM 10 dan dia juga merupakan pendakwa kerana dia mendakwa haknya menerima barang tersebut selepas membayar RM 90,maka kedua-dua belah pihak merupakan penafi,maka kedua-dua mereka perlu mengangkat sumpah.

(6.2) Hukum yang bersifat Kulli iaitu hukum yang menyeluruh melarang jualbeli yang mendahulukan bayaran dan melambatkan memiliki barang jualan,tetapi jika dipandang secara Istihsan (hukum yang bersifat terkecuali) ianya dibolehkan memandangkan keperluan manusia yang berhajat jualbeli sebegitu,contoh : tempahan menjahit,yang mana didahulukan bayaran tetapi dilambatkan mendapat barang tempahan tersebut. (Ilmu Usul Feqh oleh As-Syeikh Abdul Wahab Khalaaf)

(7) Feqh Iftiradhi : Suatu bentuk ijtihad di dalam feqh yang meletakkan hukum syarak terhadap sesuatu kejadian yang belum pun berlaku ketika itu,yang mana pengamalnya akan menjangkakan kejadian-kejadian yang belum pun berlaku lagi seterusnya mencari penyelesaian terhadap jangkaan-jangkaan tersebut.

( 8 ) Fuqaha’ Hijaz : ataupun Madrasah Ahlul hadith di Madinah Al-Munawwarah,yang mana Imam Malik merupakan imam institusi ini,dan diantara syeikh-syeikh institusi ini yang awal ialah : Zaid Bin Tsabit dan Abdullah Bin Umar radiallahu anhuma,yang mana Abdullah Bin Umar ini merupakan insan yang teramat kuat berpegang dengan sunnah rasulullah sallallahu alahi wassalam,pendekatan golongan ini ialah apabila mereka disoal tentang sesuatu masalah,jika mereka mengetahui sesuatu ayat Al-Quran atau hadith nabi maka mereka akan berfatwa,jika tiada,mereka akan mendiamkan diri,dan mereka akan berfatwa terhadap kejadian-kejadian yang hanya berlaku di ketika itu sahaja tanpa membuat sebarang jangkaan kepada kejadian yang belum berlaku.

Berkatanya As-Syakbi : Apa-apa yang datang dari para sahabat nabi itu kepada kamu maka ambillah,tetapi jika ianya hanya pendapat peribadi mereka maka lemparkanlah kata-kata mereka itu di tempat buang hajat ( jamban)

(9) Zahirul riwayat : enam buah kitab pengumpulan riwayat oleh Muhammad Bin Al-Hasan yang diriwiyatkan oleh para ashab hanafi,iaitu 3 orang imam besar mazhab hanafi iaitu imam Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad Bin Al-Hasan dan ada juga Zufar Bin Huzail dan Hasan Bin Ziyad,yang mana kebanyakkanya merupakan riwayat pendapat 3 orang imam besar ini di dalam enam buah kitab kepunyaan Muhammad Bin Al-Hasan ini,yang mana keenam-enam kitab ini merupakan sumber utama mazhab ini.

(10) Mukhtasar :ringkasan yang menyatakan hanya perkara-perkara yang raajih (yang kuat) daripada perkara-perkara yang bercangah.

https://alhammasiyy.wordpress.com/

Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds