Skip to main content

Tokoh Islami "IMAM BESAR - MALIK BIN ANAS BIN MALIK BIN `AMR, AL-IMAM, ABU `ABD ALLAH AL-HUMYARI AL-ASBAHI AL-MADANI - IMAM MALIKI (97H - 179H) - PART 2"

http://massandry.blogspot.com
Usul mazhab..
Sesungguhnya Imam Malik menggunakan usul mazhabnya yang agak berlainan daripada mazhab-mazhab lain yang wujud,diantara usul-usul beliau di dalam mazhab ialah :

(1) Al-Quran : seperti para imam mazhab yang lain,iaitu bersandar kepada kitabullah pertamanya.
(2) As-Sunnah
(3) Ijma’
(4) Al-Qiyaas : tetapi beliau tidaklah terlalu membuka luas pintu penggunaan qiyas di dalam mengeluarkan hukum hakam,sepertimana yang dilakukan oleh para fuqaha’ Hanafiah.
(5) Amalun Ahli Madinah (perlakuan penduduk Kota Madinah) : beliau menambah usul ini selepas keempat-empat usul utama yang disepakati tadi,yang mana perbuatan penduduk Madinah di dalam mazhab Maliki seakan-akan hadith yang diriwayatkan daripada baginda nabi daripada sekumpulan manusia kepada sekumpulan manusia yang lain,iaitu seperti hadith mutawatir,sebab itulah Imam Malik mendahulukan usul ini daripada Al-Qiyas didalam memperdalilkan sesuatu hukum,dan begitulah juga  pada kata-kata sahabat yang tidak boleh diijtihadkan (3) juga mendepani Al-Qiyas,Masalihul Mursalah (4) ,Sadduz Zarai’e (5) ,Al-‘Urf (6) ,Istihsan dan juga Istishab. (7)

Usul-usul Imam Malik ini agak berbeza dengan usul-usul para imam mazhab yang lain,di antara yang membezakan usul ini dengan usul mazhab lain ialah :

(1) Beliau mensyaratkan hadith ahad ( 8 ) tidak boleh bercanggah dengan perbuatan penduduk Madinah(amalun ahli Madinah) kerana perbuatan penduduk Madinah pada pandangan beliau dan pada pandangan gurunya yang mulia iaitu Rabiah Bin Abdul Rahman ialah : “riwayat seribu orang dari seribu orang adalah lebih baik daripada riwayat seorang dari seorang” dan sandaran beliau di dalam meriwayatkan sunnah ialah periwayatan Ahli Hijaz,dan Imam Malik terlalu teliti dan terlalu memeriksa sesuatu hadith itu dengan memperdalaminya sebelum beliau menerimanya,dan beliau juga beramal dengan hadith mursal(9) ,dan beliau terlalu banyak menggunakan as-sunnah di dalam berhukum berbanding dengan Imam Abu Hanifah.

(2) Beliau menggunakan pendapat sahabat jika sanadnya sahih,dan beliau menggunakan pendapat sahabat yang paling mengetahui atau a’lim,seperti Abu Bakar,Umar,Utsman,Ali,Ibnu Umar dan Ibnu Abbas,Ibnu Masu’d dan lain-lain,yang mana beliau menggunakanya jika sesuatu masalah itu tidak dijumpai didalam Al-Quran atau nas-nas di dalam hadith nabi yang bermartabat sahih,dan pendapat para sahabat,seperti yang kami maklumkan,beliau mendepankanya daripada Al-Qiyas.

Usul beliau ini telah ditolak oleh beberapa ulama’,contohnya Imam Ghazali di dalam kitabnya Al-Mustasfa yang menolak dalil ini dengan berkata : Para sahabat sesungguhnya mereka itu tidaklah sempurna,dan harus bagi mereka untuk melakukan kesalahan,maka kata-kata mereka tidak boleh dijadikan sebagai hujjah.

(3) Beliau beramal dengan Masalihul Mursalah,iaitu Masalih yang tidaklah dibatalkan oleh hukum syarak dan juga tidaklah dibatalkan oleh nas yang tertentu,yang mana beliau melihat kepada menjaga maqsud syarak itu sendiri,yang mana dapatlah diketahui bahawa ianya adalah maqsud syarak dengan bersandarkan kepada Al-Quran,As-Sunnah atau Ijmak.

Dan beramal dengan Al-Maslahah itu tidaklah dipercanggahkan oleh para ulamak,tetapi apa yang menjadi percanggahan sesama mereka itu ialah apabila ianya bertembung dengan Maslahah yang lain,dan Imam Malik akan menganggap salah satu maslahah daripada yang bercanggah itu sebagai dalil manakala yang satu lagi tidaklah beliau menganggapnya sebagai dalil,contohnya : menyebat orang yang dituduh sebagai pencuri kerana melihatkan barang curian tersebut sebagai bukti,dan Imam Malik berpendapat sedemikian kerana beliau berpandangan terdapatnya maslahah pada hal sedemikian,kerana jika sebatan dilakukan ke atas orang yang dituduh itu akan membuatkan barang yang dicuri itu dikembalikan kepada tuanya,dan dapat mengelakkan daripada harta tersebut hilang begitu sahaja,dan pendapat beliau itu telah ditolak oleh ulama’ yang lain,kerana maslahah yang diperkatakan Imam Malik ini telah bertembung dengan maslahah yang lain pula,iaitu maslahah pada orang yang dituduh itu dengan tidak menyebatnya kerana kemungkinan orang yang dituduh itu tidak bersalah,dan tidak menyebat orang yang bersalah adalah lebih ringan daripada menyebat orang yang tidak bersalah,dan jika maslahah ini yang tidak menyebat orang yang dituduh itu akan menyebabkan kesukaran mendapatkan kembali harta yang dicuri itu,maka maslahah menyebat orang yang dituduh itu pula akan menyebabkan menyeksa orang yang tidak bersalah.

Dan di antara contoh Maslahah lain yang diamalkan oleh Imam Malik ialah : isteri kepada seorang lelaki yang hilang ghaib entah ke mana dan tidaklah diketahui hidupnya atau matinya dan menyebabkan perempuan tersebut tertekan kerana kehilangan suaminya itu,maka Imam Malik mengatakan bahawa isteri lelaki tersebut mempunyai ‘iddah dan boleh di kahwini selepas masa 4 tahun bermula dari terputusnya khabar berita tentang lelaki tersebut,yang mana ianya merupakan maslahah kepada isteri lelaki tersebut melebihi daripada maslahah suaminya yang telah hilang ghaib tidak diketahui khabar beritanya.

(4) Beliau juga beramal dengan Al-Istihsan pada kebanyakkan masalah yang dihadapi,di antaranya ialah : memberikan jaminan kepada pekerja dan pengawal secara bersama,dan Al-Qiyas mengatakan bahawa mereka tidak perlu dijamin,kerana mereka ialah orang yang memegang amanah dan yang memegang amanah tidaklah perlu dijamin,tetapi demi maslahah kepada umum mereka perlu diberikan jaminan,kerana ianya dapat memelihara harta manusia yang dijaga oleh mereka,dan jika tidak diberikan jaminan kepada mereka akan menyebabkan kemungkinan harta manusia yang dijaga itu hilang begitu sahaja dan juga keperluan manusia yang sememangnya memerlukan khidmat mereka,walaupun Imam Malik beramal dengan Al-Istihsan,tetapi tidaklah beliau menggunakanya secara meluas seperti Imam Abu Hanifah yang beramal dengan Al-Istihsan secara meluas.

Popular posts from this blog

Bacaan Dewasa "FAKTA KEHIDUPAN SEKSUAL REMAJA JEPANG"

http://massandry.blogspot.com Inilah beberapa alasan Negeri Sakura itu melegalkan JAV Sex di Jepang sudah bukan hal yang tabu bagi kita, apalagi budaya sex yang bisa terbilang ekstrem di tengah-tengah bangsa yang menjunjung tinggi kesopanan ini. Siapa sih yang tidak tahu kalau bangsa Jepang terkenal sopan? Namun tak sedikit pula yang tahu budaya sex Jepang yang ekstrim.
Berikut kisahnya: 
1. Di salah satu kuil di Tokyo, ada sebuah gerbang merah yang jadi simbol sakral penduduk disana. Ternyata, di arena setelah kita melewati gerbang merah tersebut adalah area ritual bagi perempuan disana yang ingin melepas keperawanannya. 

2. Tahu shinkansen? Di kereta api super cepat ini ternyata tersedia gerbong khusus buat perempuan. Di gerbong ini, perempuan diberikan kebebasan untuk ngapain tanpa harus keganggu ama cowo- cowo yang ada disana. Konon kabarnya cowo Jepang sering ngelakuin tindakan asusila di kereta api. (bahkan beberapa syuting film porno memakai latar belakang kereta api sinkansen …

Bacaan Ringan "PROFIL LENGKAP WARKOP DKI "

http://massandry.blogspot.com
PROFIL: WAHYU SARDONO (DONO - WARKOP)
Drs. H. Wahjoe Sardono lebih dikenal dengan Dono Warkop lahir di Solo 30 September 1951 adalah aktor dan pelawak Indonesia yang bertinggi badan 167 cm serta beragama Islam. Ia juga dikenal sebagai aktor pada akhir 1970-an, tahun 1980-an dan era 1990-an. Dono meninggal pada 30 Desember 2001 akibat Kanker Paru-Paru.
Pendidikan:  Fakultas Ilmu Sosial - Jurusan Sosiologi, Universitas Indonesia 
Karir: Penyiar Radio Prambors (1974-1980)  Asisten Dosen Jurusan Sosiologi – Fakultas Ilmu Sosial UI (1974- 1980)  Dosen Jurusan Sosiologi – Fakultas Ilmu Sosial UI 
Alamat Rumah: Jalan Pulo Asem Utara 13/18, Jakarta Timur. 

Kabut tebal menyelimuti dunia perlawakan Indonesia. Ahad dini hari 30 Desember 2001 sekitar pukul 00.50 WIB, Drs H.Wahyu Sardono alias Dono Warkop, menghembus napas terakhirnya di kamar no 11 Paviliun Ignatius rumah sakit St Carollus Salemba Jakarta Pusat. Dia meninggal dengan tenang, disamping sahabatnya, Indr…

Bacaan Ringan "SABUNG AYAM MAULANA HASANUDDIN vs PRABU PUCUK UMUN"

http://massandry.blogspot.com Setelah kedua belah pihak telah bersepakat, dan telah menyiapkan ayam yang akan disabungkan, maka di hari itu, pada 11 Rabiul Awal tahun 888 Hijriah, orang-orang dari istana Pakuan Banten Girang dan para adjar dan pandita di Gunung Pulosari telah berkumpul untuk menyaksikan pertandingan sabung ayam antara Maulana Hasanuddin dan Ragamulya Surya Kencana alias Prabu Pucuk Umun. Saat itu, ayam keduanya saling mematuk, menghantam, mencabik, atau sesekali menghindari serangan lawannya, sebelum saling menyerang satu sama lain, yang diiringi oleh sorak-sorai para pendukung Maulana Hasanuddin dan Ragamulya Surya Kencana secara bergantian atau pun bersamaan.
Saat itu, semua yang hadir dan menyaksikan adu tanding kesumat itu merasa takjub dan heran ketika kedua ayam yang sama gagah dan perkasanya belum menandakan ada yang akan kalah di tengah arena. Bila ayam yang satu terpantik atau terjangkar oleh ayam yang lainnya, maka para pendukungnya akan bersorak gembira, da…