Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - MUHAMMAD BIN IDRIS BIN AL-‘ABBAS BIN ‘UTHMAN BIN SHAFI’ BIN AL-SAIB BIN ‘UBAID BIN YAZID BIN HASHIM BIN ‘ABD AL-MUTTALIB BIN ’ABD MANAF BIN MA’N - IMAM SYAFII (150H - 204H) - PART 2"

http://massandry.blogspot.com
Usul-usul mazhab beliau.
Imam Syafiey telah membina usul-usul mazhabnya dengan usul yang telah beliau kumpulkan sendiri di dalam kitabnya iaitu “Ar-Risalah”, jikalau kita perhatikan betul-betul serta mendalaminya pula terhadap manhaj ilmu yang disusuri beliau,kita akan dapati bahawa beliau telah menggabungkan sekali kedua-dua manhaj Madrasah Ahlur Ra’yi dan Madrasah Ahlul Hadith,oleh itu mazhabnya merupakan mazhab pertengahan antara Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki,yang mana beliau telah menggabungkan antara beramal dengan nas dan beramal dengan pendapat ijtihad aqal hasil daripada pengajianya yang luas dalam bidang feqh ini,beliau telah berguru Ilmu Feqh dengan Imam Malik rahimahullahu taala dan telah belajar Mazhab Hanafi dari jalan anak murid Imam Abu Hanifah iaitu Muhammad Bin Hasan As-Syibaniy,hasil daripada pengajian-pengajian tersebut telah memberikan kesan terhadap manhaj ilmunya di dalam membina usul mazhabnya ini :

Imam Syafiey menggunakan Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak serta Al-Qiyas di dalam mazhabnya,walaupun usul-usul beliau ini hampir sama sahaja dengan usul para imam yang lain,tetapi beliau mempunyai cara beliau yang tersendiri dalam memperdalilkan usul-usul tersebut begitu juga beliau telah menolak beberapa usul yang lazimnya menjadi usul imam-imam yang lain seperti Istihsan,Amalu Ahli Madinah dan juga pendapat para sahabat.

(1) Al-Quran Al-Karim : beliau mengambilnya dengan memandangnya secara zahir,yang mana beliau tidak akan berganjak dari perlakuan tersebut melainkan jika adanya dalil yang menunjukkan maksud nas tersebut tidak boleh dipandang secara zahir,dan begitulah juga yang beliau lakukan terhadap Sunnah Nabawiyyah.

(2) As-Sunnah :  suatu usul yang sememangnya dipersetujui oleh kesemua fuqaha’,tetapi tidaklah beliau meletakkan syarat untuk beramal denganya sepertimana syarat yang diletakkan oleh Imam Abu Hanifah di dalam beramal denganya iaitu semestinya hadith yang masyhur,begitu juga tidak seperti Imam Malik yang mensyaratkan kemestian hadith ahad tidak bercanggah dengan Amalu Ahli Madinah,tetapi apa yang disyaratkan beliau dalam penerimaan hadith ialah hadith yang sahih dan sanadnya yang bersambung..

Berdasarkan syarat tersebut,maka beliau beramal dengan hadith mutawatir,dan beramal juga dengan hadith ahad tetapi jika ianya sahih dan sanadnya bersambung,tetapi tidak pula beliau beramal dengan hadith mursal,melainkan jika ianya disokong oleh dalil yang lain pula,contoh : datangnya hadith tersebut dari jalan yang lain dan bersambung pula sanadnya lalu menyokong hadith mursal tersebut,ataupun perawi hadith mursal tersebut merupaka seorang perawi yang tsiqah seperti Said Bin Musayyab,dan Imam Syafiey merupakan yang pertama menolak hadith mursal dan tidak sekali-kali akan beramal denganya,yang mana perlakuan tersebut bercanggah dengan Abu Hanifah,Imam Malik dan Ats-Tsauri yang beramal dengan hadith mursal.

Imam Syafiey pula bersikap lebih terbuka dengan beramal pada hadith ahad,dan telah mempertahankanya dengan bersungguh-sungguh,dan beliau telah mengkritik para imam mazhab hanafi yang telah meninggalkan penggunaan hadith ahad dan telah mendahulukan Al-Qiyas terhadap hadith ahad,dan disebabkan dakyah Imam Syafiey yang menyatakan kewajipan beramal denganya dan mendahulukanya daripada Al-Qiyas itu, beliau telah diberi  julukkan sebagai “Penolong Sunnah”.

(3) Al-Ijmak : beliau beramal dengan Ijmak Am dan bukanya dengan ijmak para fuqaha’ dari negeri tertentu,walau tinggi mana pun kedudukkan para fuqaha’ tersebut di sesebuah negeri,kebiasaanya beliau akan berkata begini apabila ingin menyatakan tentang ijmak :

“ Aku tidak mengetahui bahawa pada perkara tersebut mengandungi percanggahan”

(4) Al-Qiyas : beliau beramal dengan Al-Qiyas dan beliau menganggapnya sebagai salah satu usul daripada usul-usul syariah,dan beliau mengambilnya dengan jalan sederhana,iaitu tidaklah terlalu tegas seperti Imam Malik dan tidaklah terlalu luas seperti Imam Abu Hanifah,tetapi beliau ada meletakkan syarat di dalam penggunaanya,iaitu hendaklah ianya mempunyai asal daripada Al-Quran dan As-Sunnah,yang mana ‘illahnya bersifat mundhobith (1) dan hendaklah ianya tidak masuk ke dalam masalah hadith sahih walaupun hadith tersebut merupakan khabar ahad.(2)

Beliau juga beramal dengan Al-Istishab dan Al-‘Urf,dan beliau menganggap keduanya sebagai dalil yang menyuburkan lagi cabangan mazhab.

Tetapi Imam Syafiey mengingkari penggunaan kata-kata sahabat yang mana ianya bercanggah dengan perlakuan Imam Malik dan imam-imam yang lain,kerana kata-kata para sahabat kemungkinan besar ianya merupakan hasil ijtihad mereka sahaja,dan ijtihad seperti yang kita maklumi ianya mengandungi ketepatan dan kesalahan,dan ketikamana terdapatnya potensi unsur kesalahan di dalam berhukum itu boleh berlaku,maka menolaknya sebagai sumber hukum di dalam hukum syarak adalah perlu.

Begitu juga beliau mengingkari di dalam beramal dengan Istihsan,yang mana para imam di dalam mazhab hanafi menggunakanya secara meluas,bahkan Imam Syafiey telah mengkritik kepada sesiapa yang beramal denganya,yang mana kata-katanya yang masyhur di dalam menolak Istihsan : “Barangsiapa yang beramal dengan Istihsan maka sesungguhnya dia telah mencipta hukum syarak” begitu juga beliau telah mengarang sebuah kitab khas yang menyatakan tentang ketidaksetujuan beliau di dalam beramal dengan Istihsan iaitu : “Ibtholul Istihsan”

Beliau juga mengingkari pada beramal dengan Amalu Ahli Madinah yang mana ianya merupaka sumber hukum terbesar di dalam mazhab maliki.Dan beliau juga mengingkari pada beramal dengan Masalihul Mursalah,iaitu usul yang juga merupakan salah satu usul Imam Malik,bahkan Imam Syafiey telah mengkritik gurunya itu dengan kritikkan yang tajam disebabkan Imam Malik menggunakan usul ini sebagai sumber hukum.

Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds