Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - MUHAMMAD BIN IDRIS BIN AL-‘ABBAS BIN ‘UTHMAN BIN SHAFI’ BIN AL-SAIB BIN ‘UBAID BIN YAZID BIN HASHIM BIN ‘ABD AL-MUTTALIB BIN ’ABD MANAF BIN MA’N - IMAM SYAFII (150H - 204H) - PART 1"

http://massandry.blogspot.com
Beliau ialah Abu Abdillah Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin Utsman Bin Syaafi’ Al-Qursyi Al-Muthalibi,keturunan beliau bersambung ke keturunan baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dari Abdul Manaf.

Beliau lebih dikenali dengan As-Syafiey iaitu yang dinisbahkan kepada datuk beliau iaitu Syaafi’ Bin As-Saieb Bin Abdin Yazid Bin Hisyam Bin Abdul Muthalib Bin Abdul Manaf Bin Qusai,dan beliau juga dipanggil sebagai Al-Qursyi iaitu dinisbahkan kepada qabilah bangsa Quraisy,begitu juga dengan Al-Muthalibi yang mana dinisbahkan kepada Abdul Muthalib Bin Manaf.

Beliau dilahirkan di Gaza pada tahun 150 hijrah,bapa beliau telah berhiijrah ke sana kerana sesuatu hajat lalu meninggal dunia di sana,selepas kematian bapa beliau,maka lahirlah beliau di sana,dan selepas dua tahun dari kelahiran beliau itu,ibunya telah membawa beliau ke Mekah iaitu tanah tumpah darah ayah beliau dan datuk nenek beliau,beliau telah tinggal di sana dan hidup sebagai anak yatim di bawah jagaan ibunya yang tercinta.

Syeikh-syeikh dan kembara ilmu beliau..
Di Mekah,beliau telah menghafaz Al-Quran sebelum beliau berumur 7 tahun atau 9 tahun lagi,kemudian beliau telah berguru ilmu sastera bahasa arab dengan qabilah Huzail di perkampungan mereka,qabilah tersebut merupakan qabilah yang paling fasih berbahasa arab dikalangan qabilah-qabilah bangsa arab yang lain,di sana,beliau telah banyak menghafaz syair-syair arab,memperbaiki dan memperelokkan bahasa arab serta sasteranya serta telah belajar melontar tombak sehingga mahir,kemudian beliau kembali semula ke Mekah dan telah dicampakkan cahaya hidayah oleh Allah kepada beliau supaya menyusuri jalan menuntut ilmu feqh .

Beliau telah mempelajari ilmu hadith-hadith nabi dan ilmu feqh islami yang bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah dengan As-Syeikh Muslim Bin Khalid Az-Zanji iaitu mufti Kota Mekah pada waktu itu,beliau juga telah berguru dengan Sufyaan Bin Uyaynah iaitu seorang mujtahid dan penghafaz hadith-hadith nabi yang mulia.

Beliau telah dianugerahkan oleh Allah aqal yang sempurna,daya ingatan yang kuat dan kecepatan menangkap sesuatu maklumat, yang mana anugerah tersebut telah membantu beliau menghafaz kitab Imam Malik iaitu kitab Al-Muwatho’, dan ketika beliau berumur 20 tahun beliau telah pergi berjumpa dengan Imam Malik di Madinah dan telah berguru denganya,beliau juga telah  berguru kitab tersebut di hadapan Imam Malik dan telah mendengar kitab tersebut dari guru beliau itu serta telah mempelajari ilmu feqh denganya,dan beliau juga telah melazimi Imam Malik sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179 hijrah.

Selepas itu beliau mengembara pula ke negara Yaman,di sana,beliau telah dapat menjawat suatu jawatan yang baik yang mana ianya telah menjadikan hidupnya senang lenang,tetapi malangnya,beliau telah ditangkap selepas itu atas tuduhan mengembangkan dakyah Syiah Zaidiyah memandangkan keadaan di Yaman ketika itu dipenuhi dengan dakyah Syiah,dan sesungguhnya penangkapan keatas beliau itu merupakan suatu unsur politik,beliau telah dibawa menghadap Khalifah Harun Ar-Rasyid pemerintah Dinasti Abbasiyy ketika itu pada tahun 184 hijrah,tetapi disebabkan kepintaran Imam Syafie mematahkan hujah manusia,beliau telah berjaya menjawab kembali tohmahan dan tuduhan tersebut sebagai membersihkan kembali imej dirinya,dan Muhammad Bin Hasan As-Syibaniy iaitu anak murid Imam Abu Hanifah telah memberikan suatu jaminan kepada Khalifah bahawa Imam As-Syafiey tidak bersalah,apabila Khalifah mendapati bahawa Imam As-Syafiey tidak bersalah,beliau telah dibebaskan dan telah diberikan gantirugi yang setimpal kepada beliau dari pihak Khalifah.

Selepas itu beliau pergi ke Baghdad dan menetap di sana pula,beliau telah mengambil ilmu Imam Abu Hanifah dari jalan Muhammad Bin Hasan As-Syibaniy,yang mana beliau telah meriwayatkan beberapa kitab dari Muhammad As-Syibaniy ,berbincang denganya pada banyak masalah-masalah feqh dan juga Imam As-Syafiey telah menyatakan banyak hadith-hadith nabi yang diketahuinya,beliau juga telah mengajak para ulamak ahli ra’yi supaya menyusuri jalan sunnah dan meninggalkan pendapat-pendapat mereka yang bercanggah dengan hadith-hadith nabi yang mulia,dan beliau telah mempertahankan hadith ahad dengan penuh semangat sehingga beliau telah diberikan gelaran “penyokong sunnah”,dan segala perlakuan Imam Syafie’ tersebut telah menyebabkan Muhammad Bin Hasan As-Syibaniy menarik kembali beberapa pendapatnya dan memberikan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan pendapat imamnya (Imam Abu Hanifah) dan bersamaan dengan pendapat Imam Syafie’ ,dan inilah contoh para ulamak yang beramal dengan kandungan Al-Quran dan As-Sunnah,walaupun Imam Abu Hanifah masih lagi hidup,beliau tetap juga meneliti dan mengkaji segala pendapat-pendapat hasil kajian anak muridnya iaitu Muhammad Bin Hasan terhadap pendapat yang didapatinya daripada orang lain,beliau juga akan menarik kembali segala pendapat sekiranya sesuatu masalah itu terdapatnya hadith sahih padanya.

Imam Syafiey pun menetaplah di Baghdad selama beberapa lamanya pula,dan di situ beliau telah mencipta Mazhab Lama di dalam Ilmu Feqh,kemudian beliau pun kembalilah ke Mekah semula dan balik semula ke Baghdad ke sekian kalinya pada tahun 198 hijrah,beliau duduk di sana dalam sebulan lamanya selepas itu beliau pun mengembaralah pula ke Mesir.

Di Mesir,beliau telah mencipta Mazhab Baru pula di dalam Ilmu Feqh,dan telah mengarang beberapa buah kitab yang telah diriwayatkan oleh anak-anak muridnya daripadanya,di sana beliau telah banyak menyebarkan ilmunya,dan beliau juga telah mengeluarkan fatwa kepada penduduk Mesir terhadap segala permasalahan agama dan kehidupan dunia mereka,sehinggalah beliau pergi menemui Allah di Mesir pada tahun 204 hijrah dan telah dikebumikan di  sana,dan maqam beliau itu sangat terkenal di negara tersebut serta telah diziarahi oleh sekelian manusia sebagai penghormatan terhadap imam yang mulia ini,apa yang istimewanya beliau daripada imam-imam yang lain ialah beliau merupakan satu-satunya imam yang telah menulis kitab-kitabnya sendiri dan telah membacakanya kepada anak-anak muridnya dan menyuruh mereka menulisnya pula,dan beliau telah menyebarkan mazhabnya ini ke seluruh negara-negara islam seperti Mekah,Iraq dan juga Mesir,yang mana ianya disebabkan oleh pengembaraan ilmiahnya ke negara-negara tersebut.

Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds