Sunday, April 12, 2015

Tokoh Islami "IMAM BESAR - ABU ABDILLAH AHMAD BIN HANBAL BIN HILAL BIN ASAD ASY-SYIBAANIY - IMAM AHMAD (164H - 241H) - PART 2"

http://massandry.blogspot.com
Usul-usul mazhab…

Sesungguhnya Imam Ahmad telah mengasaskan mazhabnya ini di atas usul-usul yang berikut :

(1) Beliau telah beramal dengan nas dari Al-Quran dan As- Sunnah, dan ketikamana beliau mendapati nas dari keduanya,beliau pasti akan beramal denganya,tanpa melihat-lihat pendapat yang bercanggah dengan nas tersebut,walaupun ianya datang dari para sahabat yang utama,disebabkan itu kita dapat lihat beliau telah mengambil hadith “Al-Mabtutah”  iaitu hadith dari Fatimah Binti Qis walaupun Umar Bin Al-Khattab radiallahu anhu berselisih pendapat dengan hadith tersebut,dan juga beliau telah mengambil hadith nabi yang mengatakan : “Tiadanya sebarang perwarisan harta kepada penganut dua agama (yang berbeza)” (2) walaupun Muaz Bin Jabal radiallahu anhu dan Muawiyah Bin Abi Sufyaan radiallahu anhu telah berselisih pendapat dengan hadith tersebut,dan kedua orang sahabat nabi yang mulia ini telah berpendapat bahawa boleh diwariskan harta seorang yang kafir kepada muslim.

Beliau akan beramal dengan hadith yang sahih,dan beliau tidak akan mendahulukan sebarang amalan juga sebarang pendapat dan juga kata-kata sahabat daripada hadith sahih,beliau tidak beramal dengan Ijmak As-Sukutiy bahkan beliau mengingkari pada beramal dengan Ijmak.(4)

(2) Beliau beramal dengan fatwa sahabat ketikamana beliau tidak menjumpai sebarang nas dari Al-Quran dan As-Sunnah terhadap sesuatu masalah,dan jika beliau menjumpai di dalam masalah tersebut apa-apa fatwa dari para sahabat dan beliau tidak menjumpai pula sebarang perselisihan terhadap fatwa tersebut maka beliau akan beramal denganya dan tidak pula menamakanya sebagai Ijmak,dan beliau akan berkata : “Aku tidak mengetahui langsung apa-apa yang bercanggah dengan fatwa tersebut”

(3) Jika terdapatnya berbagai-bagai pendapat para sahabat radiallahu anhum di dalam sesuatu masalah,maka beliau akan memilih pendapat-pendapat yang paling dekat dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dan beliau tidak akan lari daripada pendapat-pendapat tersebut,dan kadangkala beliau hanya akan mengambil fatwa sahaja jika beliau tidak dapat mencari pendapat yang terkuat daripada sekalian pendapat-pendapat tersebut.

(4) Beliau beramal dengan Hadith Mursal,dan begitu juga dengan hadith dhoif bahkan mendepankanya daripada Al-Qiyas,selagimana beliau tidak menjumpai sebarang hadith,kata-kata para sahabat dan juga Ijmak yang bercanggah denganya.

(5) Beliau juga beramal dengan Al-Qiyas ketika dharurat,yang mana jika beliau tidak menjumpai langsung sebarang keputusan daripada keempat-empat usul tadi terhadap sesuatu masalah.

Selain daripada kelima-lima usul ini,terdapatnya pengkaji terhadap furu’ Mazhab Hanbali mengatakan bahawa beliau ada beramal dengan Al-Istishab sepertimana yang dilakukan oleh Imam Syafiey bahkan beliau menggunakanya secara meluas melebihi para imam yang lain,dan begitu juga beliau ada beramal dengan Masalihul Mursalah jika beliau tidak menjumpai sebarang nas,atsar dan juga Al-Qiyas terhadap sesuatu masalah,beliau juga beramal dengan Sadduz Zaraie’.

Newer Post Older Post Home

Tokoh Islami "HABIB ABDURRAHMAN BIN ZEIN BIN ALI BIN AHMAD AL JUFRY"

http://massandry.blogspot.com Sayyidy al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali bin Ahmad al-Jufri dilahirkan tahun 1938 di Semarang. Ayahand...

Blogger Template by Blogcrowds